That Man Jumped Out The Window - Cloud Cult
Hari ni aku dah khatam segala silibus matapelajaran utk tahmidi kat universiti aku sekarang ni. Maksudnya dah xde dah tutorial, kuiz, mahupun thesis, sampai la bulan Julai bila aku mendaftar masuk belajar kat madrasah mana2 untuk buat 'Alim nanti.
Sebelum aku berambus dari kampus ni, aku nak admit bahawa aku terhutang budi kat segala macam jenis lecturer yang pernah mengajar, mendidik, mentarbiyah mahupun mengherdik aku. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ulama'2 kimia, ahli2 fikir biologi, pemerhati2 fizik, cendekiawan2 matematik, murshidul2 ilmu Islam, penggiat2 sastera arab dan juga aktivis bahasa Inggeris yang telah men'sanad'kan ilmu diorang kat aku. Lepas ni kalau aku dah kerja kat farmasi mana2, aku xkan teragak2 nak kasi free ubat2an kat diorang, cuma ubat batuk je la kena beradab sikit.
Aku teringat time last paper SPM kat sekolah dulu. Habis je peperiksaan Biologi III, semua berterabur macam haram. Macam gampang betol budak2 ni pergi set alarm jam loceng dalam dewan peperiksaan, habis je exam loceng berbunyi, budak2 semua menjerit macam penyokong Brazil jerit bila Ronaldinho buat olle kat Sergio Ramos. Aku syak ada la dalam 2-3 orang tukar2 jawapan ketika keadaan menjadi riuh. Balik je asrama budak2 ni tayang henset depan warden. Aku dapat tengok la perasaan hampa para warden kerana gagal kantoikan henset2 mereka, tapi paling sedih tengok muka warden bila diorang tengok cermin tingkap asrama pecah kena bola ragbi. Huh! sambut sakan betul la kitorang time tu. Yang perangai liar sikit pergi shopping market depan sekolah dengan awek/balak masing2. Yang xde awek semua beratur nak naik motor brader DM racing dengan motor akak guard keliling sekolah. Ada gak yang mencuba nasib cari buah rambutan kat belakang rumah pengetua. Haha, rare old times!
Moral dari entri kali ini ialah hormat para guru anda dan jangan lupa enjoy the little things dan, oh ya, tajuk entri xde kene mengena dengan isi entri...
Dunia Kata Pergi..
5 beberapa jam yang lalu


